Tipu

Dalam satu kisah yang masyhur, ada disebutkan bahawa kerasnya Imam al-Bukhari dalam meriwayatkan hadis. Orang yang menipu, walaupun yang ditipu itu ialah binatang ternak, maka al-Bukhari memilih untuk tidak mengambil hadis daripadanya.

Namun berbeza dengan hari ini. Sekarang musim orang tipu orang. Ada orang yang menipu dan ada yang tertipu.

Sukarnya hidup di zaman sekarang bila asyik ditipu. Dari yang pakai topi sehinggalah yang berkopiah. Dari yang dagunya licin, hinggalah janggutnya sejengkal. Semua ada potensi untuk menipu. Tapi bukan calang-calang orang kalau yang menipu itu bertopengkan gelaran ustaz.

Dua tiga tahun yang lepas, ada berita bahawa ‘ustaz’ menipu pelabur dalam projek ternakan lintah hampir satu juta. Yang melabur sudah menggadai segala benda, akhirnya tergadai terus tanpa pulangan.

Jadi cerita ‘ustaz’ menipu bukan cerita baru. Ada di kalangan mereka menipu wang. Dan yang lebih teruk ada yang menipu kepercayaan orang.

Yang lebih teruk ialah mereka yang menipu kepercayaan orang ramai. Kononnya dia orang sekian-sekian dengan nama begitu dan begini. Tulisannya banyak peminat. Tapi bila tidak berlaku jujur dengan orang, maka porak-peranda lah kehidupan. Mungkin bagi dia ini benda kecil. Tapi menipu tetap menipu.

Tak begitu?

Entri berkaitan:

  1. MLM
  2. Manusia
  3. Hantu?
  4. Figura Aksi
  5. Nur Kasih

Tiada Komen »

Tiada komen.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Tinggalkan Komen Anda