Menjadi seorang Muslim adalah bagaimana untuk merencanakan kehidupannya. Kehidupan yang hari ini serta hari yang mendatang sehinggalah nyawanya berada di halkum, serta kehidupan selepas mati.
Muslim yang hebat adalah Muslim yang membuat perancangan dalam dirinya.
Seumpama orang yang bekerja menuliskan nota kecil untuk memperingatkan dirinya akan apa yang perlu dia laksanakan bila dia bangun esok pagi. Dan kemudian menulis laporan mengenai tugasan yang telah dia siapkan sebaik sahaja petang menjelang.
Orang Islam juga begitu. Walaupun mungkin tidak dituliskan secara nyata. Tetapi seorang Muslim perlu merencanakan sebanyak mana pahala yang ingin dikutip bagi hari-hari dilaluinya. Dan pada penghujung malamnya, dia memeriksa semula apa yang telah dia dapatkan untuk satu hari itu.
Dan sebagaimana seorang pekerja diaudit prestasinya di hujung bulan. Kita juga diperiksa amalnya dihujung kehidupan.
Hidup ini sebagai seorang Muslim. Kita cuba mencapai Key Perfomance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan oleh Rabb al-Jalil.
Orang yang hari-harinya dipenuhi dosa, adalah umpama seorang pekerja yang dipenuhi dengan kesilapan dalam pekerjaan sehariannya.
Orang yang hari-harinya dipenuhi pahala, maka dia seumpama pekerja cemerlang yang memenuhkan harinya dengan keunggulan dalam tugasannya.
Orang yang cemerlang, akan menjadi orang kesayangan.
“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan dalam setiap perkara, jika kamu membunuh, bunuh dengan cara yang baik dan jika kamu menyembelih (haiwan), sembelihlah dengan cara yang baik dan hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan yang disembelihnya.” [Riwayat Muslim]
Entri berkaitan:













Salam.
Post ni ringkas tapi maksud dia menyentuh.Jazakallah atas ingatan.
Muslim yang cemerlang harus merancang bagaimana untuk bertemu dengan Allah kelak.