Tinta Kata
Penat
Dalam Musnad Imam Ahmad, diceritakan sebuah kisah bahawa sebelum Abu Zar meninggal dunia, isterinya telah menangis disebabkan kemiskinan dan tiadanya wang untuk mengkafankannya. Dalam keadaan isterinya yang menangis, Abu Zar telah berpesan supaya tidak menangis dan supaya bergembira sambil membacakan satu hadis daripada baginda Nabi; “Akan mati salah seorang di kalangan kamu di sebuah padang pasir, dan akan disaksikan oleh sekumpulan orang beriman.”
Kata Abu Zar, kesemua sahabat yang berada di dalam majlis itu telah pun meninggal di kampung dan di hadapan jemaah kaum muslimin, melainkan hanya dia. Kata Abu Zar, “Sekarang aku di padang pasir berdepan dengan kematian. Aku ini tidak berbohong, dan tidak pula dibohongi.”
Itu kisah Abu Zar. Seorang yang setia menanti janji Rasul kepada Tuhannya. Bergembira pula dengan janji tersebut.
Ironinya, dalam masyarakat hari ini, mereka terlalu cepat penat dalam menanti janji Allah. Terlalu cepat lelah dalam mengikut Sunnah Rasul.
Kita cuba tanyakan kepada diri sendiri, kita berada di takuk yang mana, berada dalam bekas yang mana?
Related Posts
Tipu
Dalam satu kisah yang masyhur, ada disebutkan bahawa kerasnya Imam al-Bukhari dalam meriwayatkan hadis. Orang yang menipu, walaupun yang ditipu itu ialah binatang ternak, maka al-Bukhari memilih untuk tidak mengambil hadis daripadanya.
Namun berbeza dengan hari ini. Sekarang musim orang tipu orang. Ada orang yang menipu dan ada yang tertipu.
Sukarnya hidup di zaman sekarang bila asyik ditipu. Dari yang pakai topi sehinggalah yang berkopiah. Dari yang dagunya licin, hinggalah janggutnya sejengkal. Semua ada potensi untuk menipu. Tapi bukan calang-calang orang kalau yang menipu itu bertopengkan gelaran ustaz.
Dua tiga tahun yang lepas, ada berita bahawa ‘ustaz’ menipu pelabur dalam projek ternakan lintah hampir satu juta. Yang melabur sudah menggadai segala benda, akhirnya tergadai terus tanpa pulangan.
Jadi cerita ‘ustaz’ menipu bukan cerita baru. Ada di kalangan mereka menipu wang. Dan yang lebih teruk ada yang menipu kepercayaan orang.
Yang lebih teruk ialah mereka yang menipu kepercayaan orang ramai. Kononnya dia orang sekian-sekian dengan nama begitu dan begini. Tulisannya banyak peminat. Tapi bila tidak berlaku jujur dengan orang, maka porak-peranda lah kehidupan. Mungkin bagi dia ini benda kecil. Tapi menipu tetap menipu.
Tak begitu?
Related Posts
Rencana
Menjadi seorang Muslim adalah bagaimana untuk merencanakan kehidupannya. Kehidupan yang hari ini serta hari yang mendatang sehinggalah nyawanya berada di halkum, serta kehidupan selepas mati.
Muslim yang hebat adalah Muslim yang membuat perancangan dalam dirinya.
Seumpama orang yang bekerja menuliskan nota kecil untuk memperingatkan dirinya akan apa yang perlu dia laksanakan bila dia bangun esok pagi. Dan kemudian menulis laporan mengenai tugasan yang telah dia siapkan sebaik sahaja petang menjelang.
Orang Islam juga begitu. Walaupun mungkin tidak dituliskan secara nyata. Tetapi seorang Muslim perlu merencanakan sebanyak mana pahala yang ingin dikutip bagi hari-hari dilaluinya. Dan pada penghujung malamnya, dia memeriksa semula apa yang telah dia dapatkan untuk satu hari itu.
Dan sebagaimana seorang pekerja diaudit prestasinya di hujung bulan. Kita juga diperiksa amalnya dihujung kehidupan.
Hidup ini sebagai seorang Muslim. Kita cuba mencapai Key Perfomance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan oleh Rabb al-Jalil.
Orang yang hari-harinya dipenuhi dosa, adalah umpama seorang pekerja yang dipenuhi dengan kesilapan dalam pekerjaan sehariannya.
Orang yang hari-harinya dipenuhi pahala, maka dia seumpama pekerja cemerlang yang memenuhkan harinya dengan keunggulan dalam tugasannya.
Orang yang cemerlang, akan menjadi orang kesayangan.
“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan dalam setiap perkara, jika kamu membunuh, bunuh dengan cara yang baik dan jika kamu menyembelih (haiwan), sembelihlah dengan cara yang baik dan hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan yang disembelihnya.” [Riwayat Muslim]
Related Posts
Marah
Sabar bukanlah suatu perkara yang mudah.
Sabar bukan sekadar kata untuk dicoretkan tapi tidak pandai dipraktikkan.
Hakikat aku menulis kedua-dua baris perkataan di atas adalah untuk menceritakan bahawa aku bukanlah orang yang paling sabar. Perkataan SABAR bagi aku menuntut satu tenaga yang besar, serta boleh menitiskan keringat.
Ini bukan cakap yang main-main. Kerana sifat perengus, dan mudah marah yang wujud dalam diri yang kadangkala sukar dibendung, bukanlah suatu sikap yang baik. Kadangkala menyesakkan serta merensakan jiwa orang disekeliling.
Kerana itu, aku cukup mengasihi orang yang sabar dan boleh bersabar dengan ketidak-sabaran aku.
Rasulullah SAW bersabda; “Bersuci adalah separuh daripada keimanan dan Alhamdulillah itu memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah itu dapat memenuhi atau mengisi penuh setiap apa yang berada di antara langit-langit dan bumi. Solat adalah cahaya, sedekah adalah sebagai tanda (atau bukti) – keimanan bagi yang memberikannya – sabar adalah merupakan cahaya , al-Quran adalah merupakan hujjah untuk kebahagiaanmu – jikalau engkau mengikuti perintah-perintahnya dan menjauhi larangan-larangannya – dan dapat pula menjadi hujjah ke atas kecelakaanmu – jikalau engkau tidak mengikuti perintah-perintahnya dan suka melanggar larangan-larangannya. Setiap orang itu berpagi-pagi, maka ada yang menjual dirinya – kepada Allah – bererti dia memerdekakan dirinya sendiri – dari azab seksa Allah Taala – dan ada yang merosakkan dirinya sendiri  – kerana tidak menginginkan keredhaan Allah Ta’ala.” [Riwayat Muslim]
Serta; “Bukanlah orang kuat itu orang menang berlawan, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
Semoga Allah memberikan rahmat dan ganjaran ke atas mereka yang sabar. Dan semoga aku termasuk di kalangan mereka. Wallahu al-Musta’an.
Ketika menulis entri kali ini. Aku sedang berada di Pulau Pinang bersama isteri. Sudah seminggu berada di sini untuk menjalankan tugas yang semampu mungkin untuk dirai.
Related Posts
Palsu
Oleh sebab aku bukan orang yang takhassus dalam Bahasa Arab. Jadi mungkin ada terjemahan yang tidak tepat. Jadi kalau hendak komen dan kritik, maka diharap anda dapat memberikan terjemahan yang lebih tepat bagi membantu. Bukan membatu. Harap maklum.
أريد أن أتأكد من صحة حديث هو: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:(من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور، ومن ترك صلاة الظهر فليس في رزقه بركة، ومن ترك صلاة العصر فليس في جسمة قوة، ومن ترك ترك صلاة المغرب فليس في أولاده ثمرة، ومن ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة، لا بارك الله في رزق يلهي عن الصلاة)هذا هو نص الحديث هل هو صحيح أم لا؟ وجزاكم الله خيراً
Saya ingin mengetahui kedudukan hadith yang berbunyi; Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang meninggalkan solat subuh maka tiadalah nur di wajahnya, dan sesiapa yang meninggalkan solat zuhur maka tiadalah baginya rezeki yang berkat. Sesiapa yang meninggalkan solat asar maka tiadalah baginya kekuatan jasmani, dan sesiapa yang meninggalkan solat maghrib maka tiadalah bagi anak-anaknya manfaat atau ganjaran, dan siapa yang meninggalkan solat isyak maka tiadalah baginya ketenangan dalam tidur. Tiada keberkatan Allah pada rezeki orang yang lalai daripada solat”.
Ini adalah petikan hadith tersebut, adakah ianya sahih atau tidak? Jazakumullahu Khairan.
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعـد
فلم نعثر على هذا الحديث في شيء من دواوين السنة، وأمارات الوضع عليه ظاهرة، فما ذنب الأولاد إذا فرط أبوهم في الصلاة، فيقال ليس فيهم ثمرة، وقد قال الله تعالى: وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى {الأنعام:164}، وانظر الفتوى رقم: 11506 فهي مهمة، ولا شك أن التهاون في أمر الصلاة شأنه خطير، وقد يفضي بصاحبه إلى الكفر والعياذ بالله، وانظر الفتوى رقم: 1195، والفتوى رقم: 36666، والفتوى رقم: 28759
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas baginda Rasul Allah serta ke atas keluarga serta sahabatnya.
Kami tidak menemui hadith ini dalam mana-mana koleksi-koleksi al-Sunnah, dan tanda-tanda kepalsuannya adalah nyata. Adakah berdosa anak-anak jika bapa mereka lalai dalam solat, sehingga mengatakan tiada bagi mereka manfaat. Maka Allah Ta’ala telah berfirman; “Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.” [al-An'am]. Rujuk fatwa 11506.
Ianya adalah penting, dan tidak syak lagi, kegagalan untuk menunaikan solat adalah satu perkara yang serius dan boleh membawa kepada kekufuran. Rujuk fatwa 1195, 36666, 28759.
Sumber: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=53669&Option=FatwaId
Related Posts
Cinta 120 Hari
Entri ini aku keluarkan khas khusus untuk menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang insan yang bergelar isteri untuk aku. Serta pengorbanan ibu bapa, serta keluarga aku dalam hal ini.
Aku khabarkan bukan sebab ingin orang jadi macam aku, macam isteri aku, macam mak aku, macam anak-anak aku. Aku cerita sekadar ingin berkongsi.
Bilamana aku membuat keputusan untuk berkahwin lebih kurang setahun yang lalu. Ramai yang terkejut. Dan paling terkejut adalah ibu aku. Perempuan nombor satu dalam hati aku. Aku masih ingat lagi apabila ibu aku kata sambil tersenyum; “Kecik lagi anak mak ni…”
Aku balas dengan senyum juga. Senyum yang serius.
Tanpa disangka-sangka. Wanita nombor satu ini sudah buat perancangan yang lebih panjang. Suatu hari, kalau tak salah, sewaktu cuti. Ibu bisikkan ke telinga aku, bahawa dia sudah aturkan majlis pertunangan sambil menyuruh aku khabarkan hal ini kepada pengetahuan famili sebelah perempuan.
Aku pandang muka mak dengan serius. “Betul ke ni?” Mi jawab, “Ya…”
“Bab macam mana?” Aku tanya Mi.
Mi jawab tenang, “Dia setuju saja..”
“Tak ada bangkang?”
“Dia memang lah tak setuju. Tapi Mi cakap, anak kita nak kahwin. Kita lah yang kena bantu.. Kita lah yang kena tolong..”
Aku diam. Terharu yang ada bias kegembiraan.
Awal semester pendek UIA itu bermula. Aku pulang semula ke kampung.
Kali ini semua sudah tersusun rapi. Tak disangka. Ayah akulah orang yang paling bersungguh menyusun segala persiapan.
Sehari sebelum pertunangan ibu hulurkan sebentuk cincin belah rotan. Aku geleng. Sebab sudah beritahu yang itu aku bangkang. Tak mahu sama adatnya dengan orang kafir. Ibu hulur lagi. Dalam berat hati aku ambil sambil hulurkan syarat. Aku tak mahu ibu sarungkan cincin macam orang lain. Cukuplah sekadar beri di tangannya.
Esoknya, si gadis jadi jua tunangan aku.
Dan hanya beberapa orang sahaja yang tahu. Dan mereka-mereka ini adalah ‘abang-abang’ aku yang tak putus menyokong aku. Abang Pian, Ustaz Roesfan, Ustaz Rasyid dan Ustaz Hisyam.
Aku buat keputusan berkahwin dalam usia yang muda.
Masih mentah kata orang.
Tapi aku ambil risiko sebab bagi aku, keseluruhan hidup ini adalah risiko.
Aku bukan orang baik-baik. Dan aku bersyukur sebab aku mendapat orang yang sebaik dia untuk jadi isteri aku.
Orang yang boleh tahan karenahku, amarahku, rungutanku, dan apa-apa sahaja yang berkenaan diri aku. Sebab aku ini, ternyata bukanlah seorang suami yang bagus-bagus. Tapi masih belajar untuk jadi begitu.
Semoga Allah terus merahmati hubungan kita, menyediakan kita dengan hiasan mawaddah serta rahmah. Menjadikan hubungan kita terus ampuh dan erat dalam lena kasih dan sayang. Semoga kita terus menyayangi, tidak kira dalam keadaan baik mahupun buruk, dalam keadaan yang senang atau susah, dalam keadaan yang mudah dan payah. Dengan izinNya
Terima kasih kerana sudi bersamaku sehingga hari yang ke-120 ini.
Dan buat isteri. Aku dedikasikan ini. Kerana kaulah permataku.
Kopratasa – Permata
Related Posts
Terima Kasih
Riwayat di dalam Musnad Ahmad serta Sunan al-Tirmidzi ada menyebut, “Sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, tidak akan bersyukur kepada Allah.”
Satu ayat yang ringkas tapi ada pengajaran yang sangat padat disebaliknya.
Bersyukur, atau berterima kasih, merupakan satu perkara yang paling sukar untuk sesetengah manusia buat. Maka, sebab itu kita tidak hairan jikalau manusia yang serupa ini lebih banyak komplen daripada mengucapkan terima kasih.
Terima kasih bukanlah sukar. Barangkali kerana ada beberapa titik ego dalam dada menyebabkan seseorang itu payah mengucapkan terima kasih.
Pernah aku tanyakan kepada umum. “Kenapa susah benar mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada seseorang?”
Lalu ada yang menjawab, “Kenapa perlu mengharap terima kasih kalau sudah ikhlas?”
Kawan, ikhlas bukanlah bermakna engkau membuat kerja seperti mesin yang ditekan-tekan punat hidup dan matinya tanpa ada sedikit penghargaan. Ikhlas, tak bermakna engkau kena melayan orang lain seperti kuli bawahan.
Ikhlas itu bayarannya penghargaan.
Bukanlah harta benda yang perlu ditabur dibagi. Cuma sekadar mungkin ucapkan terima kasih tanda mesra. Bahawa engkau sekurangnya menghormati dia kerana dia sudi menolong.
Sebab itulah, secara mendalam, hadith itu cuba menyatakan bahawa mengucapkan terima kasih sesama manusia adalah juga penting.
Dan lebih daripada itu. Takut-takut kalau orang yang jarang berterima kasih kepada manusia yang ada di depan mata, akhirnya terlupa bersyukur kepada tuhan yang tak nampak di mata!
Related Posts
KLIBF
KLIBF, acara tahunan yang sangat menyeronokkan bagi penggemar buku. Tapi mungkin anda akan sedikit tertekan kerana kesesakan yang berlaku.
Tapi apa yang baik mengenai KLIBF tahun ini adalah, ramai duta KLIBF yang mesra dan mereka menyebarkankan pelan di serata tempat. Anda cuma perlu rajin meminta.
Cumanya, saya dapati pada perjalanan kali kedua sebentar tadi adalah pintu masuk ke Dewan Tun Razak sudah disekat dengan palang. Berbeza dengan lawatan pertama saya pada sabtu yang lepas.
Ini mungkin sedikit menyusahkan apatah lagi apabila keadaan sesak. Cuba bayangkan orang ramai bersesak di atas jejambat itu esok hari (dua hari terakhir)! Ditambah dengan sikap kurang prihatin orang Malaysia yang suka berjalan lambat-lambat!
Bagi saya ini mungkin sedikit menyusahkan dan sungguh memenatkan! Perjalanan yang jauh, ruang jejambat yang sempit, dan belum lagi ditambah dengan ‘gangguan-gangguan’ para penjual produk pendidikan yang menghalang laluan!
Jadi rancang perjalanan anda jikalau anda merasakan anda ingin berkunjung esok hari atau lusa.
Gerai-gerai cadangan:
Buku-buku Bahasa Malaysia dan Indonesia.
1. Muslimedia.Com di Dewan 4 (menyeberangi sungai)
Rasanya ini kedai buku yang paling bagus saya jumpa. Walaupun tidak banyak koleksi. Tapi mereka ada tajuk-tajuk yang penting. Lebih daripada itu, mereka menawarkan diskaun hingga 50% bagi buku daripada Indonesia!
Dan di situ juga ada koleksi Tafsir Ibn Katsir yang dijual kalau tidak silap saya pada harga RM 480! Dan kata pekedai itu, dia boleh memberikan saya harga yang lebih murah jika saya mahu! Anda? Mungkin perlu cuba sendiri.
Di sini juga ada buku-buku berbahasa inggeris yang diambil daripada USA serta India. Juga ada buku terjemahan kepada Bahasa Inggeris terbitan Darussalam.
Ada dua buku yang saya lihat dan menarik; Ensiklopedia Sunnah & Bidaah (RM 27.40 – Maaf, sebelum ini saya katakan RM 37.40) serta Syarh Aqidah ASWJ (RM 50.40)
2. Karangkraf/Alaf 21 (Ruang Legar)
Ada tawaran menarik oleh Karangkraf. Buku-buku Koleksi Fatwa yang berharga RM 18 boleh didapati dengan harga RM 40 jika anda membeli 3 daripada mana-mana tajuk.
Ada juga pakej Raudhah dan pakej yang saya lupa namanya.
3. Jahabersa (Dewan Tun Razak)
Saya tidak pasti berapa potongan yang diberikan. Tapi banyak tajuk baru serta nampaknya Jahabersa sudah memperbaiki mutu buku-buku terbitan mereka. Ensiklopedia Sunnah & Bidaah itu juga ada di sini edisi BM. Tapi saya tidak tahu harganya berapa.
4. Jasmin Publication (Ruang Legar)
Buku-buku Dr ‘Aidh al-Qarni banyak mendominasi syarikat percetakan ini. Ada diskaun yang berpatutan diberikan kepada buku-buku mereka yang saya rasakan elok serta baik.
Cadangan buku: La Tahzan (Jangan Bersedih) serta Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia. Keduanya karangan Dr ‘Aidh al-Qarni.
Bahasa Arab.
Saya tidak jumpa banyak gerai buku Bahasa Arab pada tahun ini. Ada. Tapi tidak semeriah KLIBF 2009. Mungkin ada Pesta Buku di negara lain yang menyebabkan tidak ramai yang datang ke Malaysia. :p
Ruang di seberang sungai ada gerai-gerai kitab. Namun tidak banyak kitab yang dipamerkan selain ruang yang seolah kusam kerana agak terpinggir dan duduk di belakang pengeluar lain.
Apapun saya tidaklah begitu mahir dalam memberikan panduan dalam hal ini.
Namun antara gerai yang saya kira okay adalah;
1. Dar al-Wafa (Dewan 4)
Tidak banyak kitab. Namun ada kitab-kitab kontemporer. Dan lebih penting, pekedainya murah hati dalam memberikan diskaun!
Ada sebuah buku yang saya nampak dan rasa bagus tajuknya; Kaedah-kaedah membentuk Baitul Muslim. :p
2. Darussalam (Ruang Legar)
Di bawah gugusan kedai Darussalam ini ada satu gerai yang bernama al-Ruysd Publication. Harganya juga boleh tahan. Masih, tidak banyak koleksi buku.
Saya terjumpa satu buku bertajuk Siyar A’lami al-Muhaddith. Sempat membelek-belek. Bagus juga untuk mereka yang berminat dalam bidang hadith.
Selain daripada itu, tiada panduan lain yang dapat diberikan. Kalau mencari gerai yang banyak kitab, boleh lah ke Fajar Ulung. Tapi harganya masih mahal (baca: cekik darah).
Apapun rasanya tidak bosan untuk ke KLIBF walaupun penat! Dan jangan risau untuk berhabis demi ilmu!
Related Posts
Nikah
Antara soalan yang kerap ditanya kepada aku adalah; “Macam mana kehidupan berumah tangga. Share lah sikit.”
Bagi aku, soalan ini kadangkala menyakitkan mata apabila dibaca. Maaf. Bukan sombong kerana tidak mahu menjawab. Akan tetapi benda-benda semacam ini aku berat hati untuk menjawab. Lebih teruk, kalau ditanya berulang kali oleh orang yang sama sedangkan aku cuba untuk tidak menjawab.
Kata kuncinya; kau perlu melaluinya sendiri.
Siapa yang tidak seronok menikah? Ini perkara lumrah. Perkara fitrah. Barangkali yang tidak suka itu cacat-cacat kerana menolak untuk menyukai Sunnah Nabi.
Perasaan berkahwin benda subjektif. Akan tetapi hakikatnya anda akan berasa seronok juga. Seronok kerana anda ada orang untuk dikongsikan perasaan dan perbuatan. Ada orang yang akhirnya menjadi tongkat untuk anda berpijak.
Jadi, macam mana hendak aku ceritakan jikalau ianya pada satu bahagian adalah terlalu umum. Manakala pada bahagian yang lain pula adalah terlalu peribadi.
Adakah anda akan berhenti jikalau saya kata ianya seronok? Rasanya anda mungkin akan kata; “Ceritalah lagi.. Sebagai motivasi..”
Itulah motivasinya. Habis? Hendak ceritakan apa? Kisah di tempat tidur?
Perkahwinan itu satu benda yang menyeronokkan. Itulah motivasinya. Kerana yang mengatakan perkahwinan itu suatu benda yang menyeronokkan adalah tuhan anda. Selaklah al-Quran. Maka anda pasti akan bertemu dengan ayat yang mengaitkan perkahwinan itu dengan mawaddah dan rahmah. Dengan cinta dan kasih sayang. Bukan sahaja di antara dua jantina. Tapi juga anda akan mendapat kasih dan sayang daripada tuhan kerana menyempurnakan satu daripada banyak cabang Sunnah.
Perkahwinan bukanlah mengenai seks semata. Apa gila orang kalau kata kahwin kerana seks? Isteri anda bukanlah pelayan seks anda semata. Dan begitulah juga sebaliknya.
Saya pernah ungkapkan suatu perkataan;
Marriage is not about sex. Marriage is about you obeying the God’s ruling. And sex is a a gift for those who obeyed (And yet you’re still be rewarded for it. Don’t you see how beautiful ISLAM is?). So, when you’re having sex before you get married, it means you’re stealing that gift away. And you’re the worst ever living human since you would steal from your creator.
Berkahwin kerana anda menyempurnakan apa yang disuruh tuhan. Maka anda akan mampu mengecap kasih sayang-Nya.
Antara kiat-kiat untuk mendapatkan kasih sayang tuhan adalah melalui berkahwin. Apatah lagi jikalau anda berkahwin dengan niat untuk melepaskan diri daripada bebanan maksiat serta tunggakan dosa.
Kerana datang pada satu hadith Baginda SAW yang menyatakan bahawa di antara golongan yang berhak mendapat pertolongan Allah adalah lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya. Rujuk riwayat daripada al-Tirmidzi serta al-Nasa’ie
Maka cukuplah itu untuk menjadi motivasi bagi mereka yang menginginkannya.
Related Posts
MLM
Islam menyuruh ummatnya mencari rezeki yang halal.
Mencari rezeki yang halal bukan sekadar kita fikirkan yang ringkas-ringkas itu saja. Bukan hendak tunggu itu bukan harta curi, bukan duit rompakan, maka itu halal. Kalau begitulah keadaannya. Maka, senanglah hidup? Seolahnya, asalkan makanan kita bukan daging babi, maka ianya halal?
Halal bukanlah sekadar tengok daripada satu sudut. Kita perlu tengok pada banyak sudut juga. Dari mana datang sumbernya dan bagaimana cara dapatnya, dan lain-lain.
Berniaga pun sama.
Sebab itu aku pelik, kalau dalam kekalutan ulama seantero dunia membincangkan isu haramnya bisnes berasaskan MLM, ramai pula hendak menceburi ‘industri’ ini.
Dan lagi teruk, bila ada sesetengah golongan yang sudah ’selesa’ dengan keadaan ini dan tidak suka kalau tiba-tiba sumber rezeki mereka dikritik dan dikatakan haram.
Ada orang kata bisnes dia halal sebab kerajaan tak haramkan.
Haaaa… Itulah masalahnya dengan sesetengah manusia keras kepala. Halal dan haram yang kerajaan tetapkan itu bukanlah bermakna ianya sama tinggi dengan halal dan haram dalam Islam.
Sebab itu aku tak hairan kalau ada orang bantai habis-habisan dalam web Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (UZAR) mengenai haramnya Infiniti Downline ataupun nama glemernya; ‘Log in Facebook dapat RM100!‘
Orang-orang jenis taksub ini bukan mudah diajar. Satu hujah UZAR bagi. 20 alasan mereka balas.
Rata-rata marah kerana UZAR telah mengharamkan periuk nasi mereka. Namun UZAR telah menjawab dengan satu ayat:
Allah dan RAsul dah bagi panduan dalam Al-Quran dan Hadis, untuk menentukan mana haram dan mana halal. Jika faham dan belajar mendalam berkenaan panduan itu, nescaya kita tahu mana halal dan haram. Itulah, kerja2 ustaz dan para ulama di zaman ini, iaitu adalah melihat sekeliling dan berithau apa hukuman yang TELAH ALLAH DAN RASULNYA LETAKKAN, BUKAN USTAZ DAN ULAMA YANG BUAT HUKUM.
Zaman sekarang, bukan macam zaman dahulu. Perniagaan dah berbagai-bagai. Metode bermacam-macam. Jadi apa yang perlu ada pada manusia zaman ini adalah kesungguhan untuk mencari benda yang halal.
Riba pun dah bermacam-macam seperti kata rakan saya, Abul Yasr:
bila sebut pasal riba, teringat kata2 syeikh abu huzaifah malam tu. ada beberapa hadis yg menunjukkan riba ni banyak jenis. ada hadis sebut 70, ada 73, ada 72. boleh rujuk sini http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=133438 . syeikh kata, sekarang ni baru nampak yang riba tu berjenis-jenis, banyak sangat.
Sebab itu juga Allah dan RasulNya sudah berjanji di dalam al-Quran bahawa mereka akan memerangi golongan pemakan riba. Dan ’sungguh hebat’ pemakan riba yang degil lagi bodoh sombong kalau mahu berperang dengan Allah dan Nabi.
Dunia sekarang.
Dari PTPTN yang ada 1% sampailah ke MLM. Ini belum masuk ASB dan ASN yang masih belum termasuk dalam syari’ah compliance.
Jadi, kepada mereka yang masuk MLM, jangan melenting apabila sistem anda dikatakan, ataupun di’sah’kan haram. Kerana Nabi SAW telah kata, dalam Islam, yang halal itu jelas dan begitu juga yang haram. Dan di antara dua benda itu adalah syubhah. Maka kalaupun ianya syubhah. Eloklah saja tidak masuk ke lubang itu.
Jangan jadi terlalu seronok dengan suatu benda sehingga kita pula bersungguh untuk menidakkan apa yang agama kata.
Apa yang jadi masalah sekarang adalah, apabila kita yang sibuk untuk membaiki agama. Bukan agama membaiki kita.
Related Posts