delete
Bersama Ujian Datangnya Rahmat...
Allah Azza wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran; “Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan; “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156] Ayat tersebut adalah cebisan kalam peringatan di dalam Al-Quran daripada Allah mengenai dugaan serta ujian yang akan ditimpakan kepada para... 
delete
Ujian dan Dugaan: Tanda Allah Sayang...
Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp] Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan. Menurut... 
delete
Takwa...
Firman Tuhan di dalam al-Quran, “Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” Rujuk al-A’raf ayat 26. Takwa bukanlah pakaian literal, tapi ia adalah perhiasan jiwa. Orang yang bertakwa adalah umpama orang yang berpakaian lengkap dalam hidupnya sehari-hari, dan tentu sekali dia tidak akan berasa malu bilamana tiba masa untuk berjumpa... 
delete
Istighfar...
Di dalam al-Quran, banyak dikisahkan mengenai kelebihan istighfar. Antaranya sebagaimana kata Nuh; “Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan memberikanmu kebun-kebun dan (di dalamnya pula) untukmu sungai-sungai.” Rujuk surah Nuh ayat ke-10 hingga ke-12. Berdasarkan apa yang dikhabarkan oleh Nabi Nuh AS, begitulah ganjaran bagi mereka yang beristighfar kepada Tuhan mereka. Ada satu kisah yang... 
delete
Penat...
Dalam Musnad Imam Ahmad, diceritakan sebuah kisah bahawa sebelum Abu Zar meninggal dunia, isterinya telah menangis disebabkan kemiskinan dan tiadanya wang untuk mengkafankannya. Dalam keadaan isterinya yang menangis, Abu Zar telah berpesan supaya tidak menangis dan supaya bergembira sambil membacakan satu hadis daripada baginda Nabi; “Akan mati salah seorang di kalangan kamu di sebuah padang pasir, dan akan disaksikan oleh sekumpulan orang beriman.” Kata Abu Zar, kesemua sahabat yang berada di dalam majlis itu telah pun meninggal di kampung dan di hadapan jemaah... 
delete
Tipu...
Dalam satu kisah yang masyhur, ada disebutkan bahawa kerasnya Imam al-Bukhari dalam meriwayatkan hadis. Orang yang menipu, walaupun yang ditipu itu ialah binatang ternak, maka al-Bukhari memilih untuk tidak mengambil hadis daripadanya. Namun berbeza dengan hari ini. Sekarang musim orang tipu orang. Ada orang yang menipu dan ada yang tertipu. Sukarnya hidup di zaman sekarang bila asyik ditipu. Dari yang pakai topi sehinggalah yang berkopiah. Dari yang dagunya licin, hinggalah janggutnya sejengkal. Semua ada potensi untuk menipu. Tapi bukan calang-calang orang kalau yang menipu... 
delete
Rencana...
Menjadi seorang Muslim adalah bagaimana untuk merencanakan kehidupannya. Kehidupan yang hari ini serta hari yang mendatang sehinggalah nyawanya berada di halkum, serta kehidupan selepas mati. Muslim yang hebat adalah Muslim yang membuat perancangan dalam dirinya. Seumpama orang yang bekerja menuliskan nota kecil untuk memperingatkan dirinya akan apa yang perlu dia laksanakan bila dia bangun esok pagi. Dan kemudian menulis laporan mengenai tugasan yang telah dia siapkan sebaik sahaja petang menjelang. Orang Islam juga begitu. Walaupun mungkin tidak dituliskan secara nyata. Tetapi... 
delete
Marah...
Sabar bukanlah suatu perkara yang mudah. Sabar bukan sekadar kata untuk dicoretkan tapi tidak pandai dipraktikkan. Hakikat aku menulis kedua-dua baris perkataan di atas adalah untuk menceritakan bahawa aku bukanlah orang yang paling sabar. Perkataan SABAR bagi aku menuntut satu tenaga yang besar, serta boleh menitiskan keringat. Ini bukan cakap yang main-main. Kerana sifat perengus, dan mudah marah yang wujud dalam diri yang kadangkala sukar dibendung, bukanlah suatu sikap yang baik. Kadangkala menyesakkan serta merensakan jiwa orang disekeliling. Kerana itu, aku cukup mengasihi... 
delete
Palsu...
Oleh sebab aku bukan orang yang takhassus dalam Bahasa Arab. Jadi mungkin ada terjemahan yang tidak tepat. Jadi kalau hendak komen dan kritik, maka diharap anda dapat memberikan terjemahan yang lebih tepat bagi membantu. Bukan membatu. Harap maklum. ***** أريد أن أتأكد من صحة حديث هو: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:(من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور، ومن ترك صلاة الظهر فليس في رزقه بركة، ومن ترك صلاة العصر فليس في جسمة قوة، ومن ترك ترك... 
delete
Cinta 120 Hari...
Entri ini aku keluarkan khas khusus untuk menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang insan yang bergelar isteri untuk aku. Serta pengorbanan ibu bapa, serta keluarga aku dalam hal ini. Aku khabarkan bukan sebab ingin orang jadi macam aku, macam isteri aku, macam mak aku, macam anak-anak aku. Aku cerita sekadar ingin berkongsi. ***** Bilamana aku membuat keputusan untuk berkahwin lebih kurang setahun yang lalu. Ramai yang terkejut. Dan paling terkejut adalah ibu aku. Perempuan nombor satu dalam hati aku. Aku masih ingat lagi apabila ibu aku kata sambil tersenyum; “Kecik... 
delete
Terima Kasih...
Riwayat di dalam Musnad Ahmad serta Sunan al-Tirmidzi ada menyebut, “Sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, tidak akan bersyukur kepada Allah.” Satu ayat yang ringkas tapi ada pengajaran yang sangat padat disebaliknya. Bersyukur, atau berterima kasih, merupakan satu perkara yang paling sukar untuk sesetengah manusia buat. Maka, sebab itu kita tidak hairan jikalau manusia yang serupa ini lebih banyak komplen daripada mengucapkan terima kasih. Terima kasih bukanlah sukar. Barangkali kerana ada beberapa titik ego dalam dada menyebabkan seseorang itu payah mengucapkan... 
delete
KLIBF...
KLIBF, acara tahunan yang sangat menyeronokkan bagi penggemar buku. Tapi mungkin anda akan sedikit tertekan kerana kesesakan yang berlaku. Tapi apa yang baik mengenai KLIBF tahun ini adalah, ramai duta KLIBF yang mesra dan mereka menyebarkankan pelan di serata tempat. Anda cuma perlu rajin meminta. Cumanya, saya dapati pada perjalanan kali kedua sebentar tadi adalah pintu masuk ke Dewan Tun Razak sudah disekat dengan palang. Berbeza dengan lawatan pertama saya pada sabtu yang lepas. Ini mungkin sedikit menyusahkan apatah lagi apabila keadaan sesak. Cuba bayangkan orang ramai... 

« Entri Terdahulu